"Ruangan dimana saya akan share kepada anda segala ilmu yang saya anda tentang cara membuat blog secara online sampai blog anda nampak best!!"

Saturday, 4 August 2012

Cara Membuat Blog #1: Mula buat blog bermula dari zero

Yup. Untuk membuat sebuah blog yang baru haruslah bermula daripada 'zero' barulah boleh jadi 'hero' betul tak? So, bagaimana cara kita nak start blogging atau buat blog online daripada zero ni? Haruslah kena dengan cara membuat nya.



Sebuah E-mail wajiblah dimiliki oleh anda

LANGKAH 1
Anda wajib ada sebijik e-mail. E-mail tak semestinya e-mail yang berbayar seperti Hotmail. Anda boleh jugak 'sign-up' e-mail FREE seperti gmail ataupun yahoo mail (ada banyak lagi sebenarnya, sila search sendiri).




LANGKAH 2
Sebagai contoh, anda telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan Gmail. So, selepas anda dah bukak website Gmail, akan terpapar screen lebih kurang macam ni betul tak? So, apa nak buat sekarang? Tenung gmail tu sehingga dia sign-up sendiri?

Oh-no..Action perlu dilakukan..Tekan butang 'create your account' sekarang.





LANGKAH 3
Akan terpaparlah screen macam kat bawah ni..
Cara untuk sign-up / membuat email (caramembuatblog2u.blogspot.com) 




















































Next, sila ikut step seperti didalam gambar diatas:
1. Isi nama anda. Last-name biasanya kita akan letak nama bapa.
    eg: Syaizzal Yunus, First name: Syaizzal, Last name: Yunus

2 Isi alamat email yang anda mahu. Anda boleh letak apa sahaja alamat email yang anda mahu. Tetapi pastikan alamat itu masih 'available'. Jangan risau, 'available' ataupun 'tak available' akan diberitahu oleh pak cik google yang baik hati.
eg: syaizzalyunus@gmail.com

3. Isi password/kata laluan. Step ni sama je macam anda set pin code untuk kad atm anda. Nak duit cket boleh? Eh gurau sahaja. Kalau boleh biar sampai google cakap "Good" ataupun "Strong". Baru susah orang lain mahupun adik-adik nak hack email kita.

4. Isi balik password yang anda dah reka tadi.

5. Yang ni senang. Jika anda lelaki (macam saya), pilih 'man', Jika anda perempuan, pilih 'woman'. Jika anda bukan dua-dua? Ahaa itu Elien namanya.

6. Isi no h/p anda. Sila jujur dalam part ni kerana no h/p ni bila-bila masa je akan digunakan oleh pak cik google untuk hantar sms manatau tetiba korang hilang password ATAUPUN dia tak percaya dengan status account korang.

7. Isi email lain yang korang ada (kalau ada). Kalau takde 'just leave it blank like it should be' *amboi*. Yang ni untuk mana tau tetiba korang lupa password so google akan hantar email ke email yang korang isi ni beserta password yang korang lupa tu.

8. Verification. Untuk yang ni, sila isi huruf/nombor yang terpapar kat gambar tu. Kalau ada huruf besar buat huruf besar dan begitulah sebaliknya ok. Kalau rasa macam gambar tu susah nak teka, ahaa tekan button 'yang-macam-arrow-berpusing' yang kat sebelah button 'gambar-sound' tu ye.

9. Ini penting. Tick kotak "I agree tu bla bla bla" tu kemudian barulah kita boleh proceed.

10. Dah tick? Okeh jom tekan button 'proceed' bersama-sama eceeeh.



LANGKAH 4
Lepas je korang selesaikan langkah 3 yang panjang lebar tadi, korang just ikut je arahan google. Normally korang just kena click next.next dan next je. Siap sudah email. Senang bukan?



LANGKAH 5
Salin alamat email & password korang kat mana-mana yang korang suka. Kalau saya biasanya saya akan simpan dalam notepad pastu sorok jauh-jauh. Tulis tangan pun boleh pastu letak dalam wallet ke. Bukan apa, ini untuk mengelakkan anda terlupa password sebab email baru lah katakan. Inilah dia cara membuat blog dari zero-to-hero. hihi.





"BAGUS!!ANDA DAH BERJAYA BUAT LANGKAH PERTAMA UNTUK BUAT BLOG"
kita jumpa lagi pada esok hari tentang "Bagaimana hendak sign-up Blogger?"

P/S: Sila minta kebenaran dari tuan tanah jika nak share article ini di blog anda.

PROMOSI RAMADHAN.
Diskaun sebanyak 50% untuk 15 orang pertama yang membuat tempahan blog dengan saya. Diskaun bermula hari ini sehingga 10 Ogos 2012 sahaja. Siapa cepat dia dapat.




1. Membuat & Mengedit blog....... RM90 RM45
2. Membuat design header...........RM15 RM7
3. Blog tanpa icon title widget.......RM30 RM15
4. Servis Design Kad Kahwin........RM40 RM20>
5. Servis Design Biznes Kad.........RM15 RM7
6. Design Peta Kad Kahwin...........RM20 RM10

No comments: