"Ruangan dimana saya akan share kepada anda segala ilmu yang saya anda tentang cara membuat blog secara online sampai blog anda nampak best!!"

Monday 6 August 2012

Cara Membuat Blog #2: Mula membuat blog anda dengan sign-up blog

Pada entri yang lepas saya telah membuat tutorial kepada anda tentang cara untuk sign-up/daftar email sebagai langkah pertama dalam membuat sebuah blog yang baru. Jadi apakah langkah seterusnya yang anda perlu lakukan?

Ya, anda perlu sign-up/daftar perhidmatan blog yang anda mahukan. Mari kita mulakan tanpa berceloteh panjang lagi.

Cara untuk sign-up/daftar blogger/blogspot.


Langkah 1
Buka website blogger ( www.blogger.com/ ) & isi email yang telah didaftarkan





Langkah 2
Sebuah screen seperti gambar dibawah akan terpapar bukan? Kelik "create a limited blogger profile". Kenapa tak pilih create google+ profile? Dalam entri akan datang saya akan bagitau apa sebabnya.




Langkah 3 - Tentukan display name anda


1. Isi display name anda. Display adalah nama yang akan digunakan didalam blog. Contohnya apabila anda telah siap menulis entri di blog, akan terpapar nama yang anda gunakan sebagai penulisnya. Contohnya, anda boleh guna nama cara buat blog juga sebagai nama, tak semestinya nama anda sendiri.

2. Tick pada kotak "Feature Annoucement" untuk mendapatkan email tentang berita atau info terbaru tentang blogger. Boleh juga untuk tidak tick pada kotak tersebut jika tidak berminat untuk dapat info tu.

3. Tekan button "Continue to blogger".






Langkah 4:  Tekan button 'New Blog'
Kelik pada button 'new blog' untuk membuat blog baru.



















Langkah 5: Tulis title blog & url blog yang anda mahu.




1. Isi title blog anda. Ruangan ini adalah untuk anda isi apakah tajuk blog yang anda mahukan. Contohnya untuk blog ini, saya namakan blog ini sebagai "Cara Membuat Blog 2u".

2. Isi url blog anda. Isi apakah url blog yang anda mahu. Url ini akan digunakan oleh anda dan juga orang lain untuk membuka website/blog anda. Sebagai contoh, didalam blog ini, saya menggunakan url 'www.caramembuatblog2u.blogspot.com'. Adalah lebih sesuai menggunakan tajuk blog anda sebagai url blog anda supaya lebih mudah dicari dalam google nanti.

3. Pilih template blog. Pilih templete blog ataupun jenis tema blog yang anda mahukan. Ada bermacam-macam jenis tema terdapat dalam blogger ni seperti tema yang simple, yang-nampak-smart, yang-nampak-classic-punya-style. Semua template adalah free jadi jangan bimbang ye.

4. Dah selesai? OK kelik pada button "create your blog".



Langkah 6 : Jom ke dashboard blogger
















1. Kelik button kecil yang bergambarkan arrow ke bawah. Kemudian akan terpapar list dengan pelbagai function.

2. Kelik pada "overview". Kemudian anda akan dibawa ke blogger dashboard. Blogger dashboard adalah tempat dimana anda boleh update blog, buat new entri, design susun-atur blog, edit html & bermacam-macam lagi yang akan saya ajarkan pada entri yang akan datang.


Syabas!!Anda telah berjaya siap membuat sebuah blog yang baru. Cuba tulis url blog anda pada enjin carian anda. Akan dapat melihat wajah blog yang telah anda buat sebentar tadi.
                   kita jumpa lagi pada esok hari tentang "Cara Kenal blog dashboard anda!"



P/S: Sila minta kebenaran dari tuan tanah jika nak share article ini di blog anda.


PROMOSI RAMADHAN.
Diskaun sebanyak 50% untuk 15 orang pertama yang membuat tempahan membuat blog dengan saya. Diskaun bermula hari ini sehingga 10 Ogos 2012 sahaja. Siapa cepat dia dapat.


1. Membuat & Mengedit blog....... RM90 RM45

2. Membuat design header...........RM15 RM7
3. Blog tanpa icon title widget.......RM30 RM15
4. Servis Design Kad Kahwin........RM40 RM20>
5. Servis Design Biznes Kad.........RM15 RM7
6. Design Peta Kad Kahwin...........RM20 RM10

No comments: