Anak cik kiah suka main parang,
Mari kita mulakan sekarang..
CARA UNTUK LOG-IN KE BLOG ANDA
Sebenarnya ada 2 cara untuk log-in ke blog anda.
Cara 1 : Masuk ke www.blogger.com kemudian isi email & password email yang telah anda buat.
Cara 2 : Isi url blog anda dalam browser (eg: google) anda. Sebagai contoh, saya akan isi url "www.caramembuatblog2u.blogspot.com" dalam ruangan url browser saya.
Kemudian tekan button "Log in"
Apa yang anda perlu tahu tentang dashboard blog anda.
Apa itu dashboard blog? Ya ianya semestinya tidak sama dengan dashboard kereta tetapi dia lebih kurang dengan dashboard kereta juga. Dalam dashboard kereta ada ruang kita simpan barang, meter kereta, meter minyak kereta, stering dan lain-lain bukan? Dashboard blog pula adalah tempat dimana anda boleh menguruskan segala hal peribadi tentang blog anda, statistik blog, create entri blog, design blog online anda & bermacam-macam lagi dimana kalau nak diceritakan disini memang sampai esok pagi takkan siap punya entri ni. Hihi.
Cara untuk ke Dashboard Blog anda
Selepas anda log-in mengikut cara yang telah saya terangkan sebentar tadi, anda akan dibawa ke screen seperti dibawah. Kelik pada button yang ada gambar seperti arrow kecik ke bawah kemudian kelik pada "overview".
Tetapi, Jika screen seperti ini yang terpapar, kelik pada button "upgrade". Ia akan secara automatic bertukar menjadi seperti screen di atas. Ikut arahan seterusnya.
Gambar dibawah akan menerangkan kepada anda fungsi setiap button yang ada di dashboard blog anda. Penerangan akan dibuatkan berdasarkan nombor didalam gambar.
1. Blog overview
Blog overview menerangkan tentang apa yang berlaku didalam blog anda secara kasar. Antaranya seperti berapa bilangan visitor yang berkunjung ke blog anda & komen-komen terbaru yang anda belum baca. Ia lebih kurang seperti facebook 'home'.
2. Posts.
Ini adalah tempat dimana anda create post/entry baru, edit entry yang sudah dibuat ataupun delete post/entry yang anda mahu buang. Semua tentang blog posts ada disini.
3. Pages.
Ruangan ini adalah untuk anda membuat page asing seperti hendak membuat page khas untuk "About Me" ataupun jika dalam biznes, untuk page "Term & Condition" contohnya.
4. Comments.
Segala komen-komen terbaru akan terpapar disini. Menunggu untuk anda approve sahaja komen tersebut. Andaj juga boleh delete komen yang sudah ada dari sini. Ruangan ini adalah antara ruangan yang ditunggu-tunggu oleh setiap blogger.
5. Google+.
Google+ adalah salah satu produk google yang terbaru. Dari sini anda boleh membuat & mengedit google profile anda supaya lebih mudah diakses. Ruangan tidak begitu penting dalam blogger.
6. Stats.
Disini anda akan dapat melihat berapa ramai visitor yang datang ke blog anda, entri mana yang banyak dikunjung oleh visitor, daripada url mana, mereka menggunakan keyword apa dan dari negara mana mereka sampai ke blog anda. Sangat menarik bukan. Jika anda pandai menggunakan Stats ini, anda boleh main dengan keywords yang mendapat sambutan dan buat entri mengenainya.
7. Earnings.
Jika blog anda berbahasa inggeris penuh, anda diharuskan menggunakan function ini kerana ia boleh menghasilkan duit melalui google adsense. Blog rojak mahupun berbahasa melayu memang takkan dapat menggunakan google adsense, Tapi jangan risau. untuk menghasilkan duit, saya ada solutionnya. Akan diajar kemudian.
8. Layouts.
Ini adalah ruangan dimana anda boleh susun widget-widget yang ada dalam blog anda. Anda juga boleh tambah,edit dan remove widget yang ada dalam blog anda. Penerangan lanjut akan menyusul dalam entri yang akan datang ya.
9. Template.
Disini anda boleh edit HTML code blog anda ataupun hanya menggunakan template editor yang sangat simple dan senang digunakan. Ini juga akan diajarkan kemudian. Sangat menarik.
10. Settings.
Dalam settings, anda boleh setkan bermacam-macam benda yang melibatkan blog anda seperti set masa & tarikh, bahasa yang hendak digunakan, setting komen yang anda mahu dan macam-macam lagi.
SYABAS. ANDA TELAH MENGETAHUI SERBA
SEDIKIT TENTANG DASHBOARD BLOG.
Kita jumpa lagi di entri seterusnya dalam Cara Membuat Blog 2u
tentang "Mulakan Entri Pertama Anda".
P/S: Sila minta kebenaran dari tuan tanah jika nak share article ini di blog anda.
PROMOSI RAMADHAN.
Diskaun sebanyak 50% untuk 15 orang pertama yang membuat tempahan membuat blog dengan saya. Diskaun bermula hari ini sehingga 10 Ogos 2012 sahaja. Siapa cepat dia dapat.
1. Membuat & Mengedit blog.......
2. Membuat design header...........RM15 RM7
3. Blog tanpa icon title widget.......RM30 RM15
4. Servis Design Kad Kahwin........RM40 RM20>
5. Servis Design Biznes Kad.........RM15 RM7
6. Design Peta Kad Kahwin...........RM20 RM10
Read more...