"Ruangan dimana saya akan share kepada anda segala ilmu yang saya anda tentang cara membuat blog secara online sampai blog anda nampak best!!"

Monday, 6 August 2012

Cara Membuat Blog #3: Kenali 'Dashboard' Blogger anda!

Salam Sejahtera semua. Jadi dalam entri yang lepas saya telah membuat tutorial blog kepada anda tentang bagaimana cara untuk mendaftar blogger bukan? So hari ini saya akan ajar anda bagaimana untuk log-in ke blog & terangkan kepada anda fungsi-fungsi yang ada dalam dashboard blog anda.


Anak cik kiah suka main parang,
Mari kita mulakan sekarang..

CARA UNTUK LOG-IN KE BLOG ANDA
Sebenarnya ada 2 cara untuk log-in ke blog anda.


Cara 1 : Masuk ke www.blogger.com kemudian isi email & password email yang telah anda buat.


Cara 2 : Isi url blog anda dalam browser (eg: google) anda. Sebagai contoh, saya akan isi url "www.caramembuatblog2u.blogspot.com" dalam ruangan url browser saya.

Kemudian tekan button "Log in"



Apa yang anda perlu tahu tentang dashboard blog anda.


Apa itu dashboard blog? Ya ianya semestinya tidak sama dengan dashboard kereta tetapi dia lebih kurang dengan dashboard kereta juga. Dalam dashboard kereta ada ruang kita simpan barang, meter kereta, meter minyak kereta, stering dan lain-lain bukan? Dashboard blog pula adalah tempat dimana anda boleh menguruskan segala hal peribadi tentang blog anda, statistik blog, create entri blog, design blog online anda & bermacam-macam lagi dimana kalau nak diceritakan disini memang sampai esok pagi takkan siap punya entri ni. Hihi.

Cara untuk ke Dashboard Blog anda
Selepas anda log-in mengikut cara yang telah saya terangkan sebentar tadi, anda akan dibawa ke screen seperti dibawah. Kelik pada button yang ada gambar seperti arrow kecik ke bawah kemudian kelik pada "overview".



















Tetapi, Jika screen seperti ini yang terpapar, kelik pada button "upgrade". Ia akan secara automatic bertukar menjadi seperti screen di atas. Ikut arahan seterusnya.
















Gambar dibawah akan menerangkan kepada anda fungsi setiap button yang ada di dashboard blog anda. Penerangan akan dibuatkan berdasarkan nombor didalam gambar.













1. Blog overview
Blog overview menerangkan tentang apa yang berlaku didalam blog anda secara kasar. Antaranya seperti berapa bilangan visitor yang berkunjung ke blog anda & komen-komen terbaru yang anda belum baca. Ia lebih kurang seperti facebook 'home'.

2. Posts.
Ini adalah tempat dimana anda create post/entry baru, edit entry yang sudah dibuat ataupun delete post/entry yang anda mahu buang. Semua tentang blog posts ada disini.

3. Pages.
Ruangan ini adalah untuk anda membuat page asing seperti hendak membuat page khas untuk "About Me" ataupun jika dalam biznes, untuk page "Term & Condition" contohnya.

4. Comments.
Segala komen-komen terbaru akan terpapar disini. Menunggu untuk anda approve sahaja komen tersebut. Andaj juga boleh delete komen yang sudah ada dari sini. Ruangan ini adalah antara ruangan yang ditunggu-tunggu oleh setiap blogger.

5. Google+.
Google+ adalah salah satu produk google yang terbaru. Dari sini anda boleh membuat & mengedit google profile anda supaya lebih mudah diakses. Ruangan tidak begitu penting dalam blogger.

6. Stats.
Disini anda akan dapat melihat berapa ramai visitor yang datang ke blog anda, entri mana yang banyak dikunjung oleh visitor, daripada url mana, mereka menggunakan keyword apa dan dari negara mana mereka sampai ke blog anda. Sangat menarik bukan. Jika anda pandai menggunakan Stats ini, anda boleh main dengan keywords yang mendapat sambutan dan buat entri mengenainya.


7. Earnings.
Jika blog anda berbahasa inggeris penuh, anda diharuskan menggunakan function ini kerana ia boleh menghasilkan duit melalui google adsense. Blog rojak mahupun berbahasa melayu memang takkan dapat menggunakan google adsense, Tapi jangan risau. untuk menghasilkan duit, saya ada solutionnya. Akan diajar kemudian.

8. Layouts.
Ini adalah ruangan dimana anda boleh susun widget-widget yang ada dalam blog anda. Anda juga boleh tambah,edit dan remove widget yang ada dalam blog anda. Penerangan lanjut akan menyusul dalam entri yang akan datang ya.

9. Template.
Disini anda boleh edit HTML code blog anda ataupun hanya menggunakan template editor yang sangat simple  dan senang digunakan. Ini juga akan diajarkan kemudian. Sangat menarik.

10. Settings.
Dalam settings, anda boleh setkan bermacam-macam benda yang melibatkan blog anda seperti set masa & tarikh, bahasa yang hendak digunakan, setting komen yang anda mahu dan macam-macam lagi.


SYABAS. ANDA TELAH MENGETAHUI SERBA 
SEDIKIT TENTANG DASHBOARD BLOG.
Kita jumpa lagi di entri seterusnya dalam Cara Membuat Blog 2u 
tentang "Mulakan Entri Pertama Anda".


P/S: Sila minta kebenaran dari tuan tanah jika nak share article ini di blog anda.


PROMOSI RAMADHAN.
Diskaun sebanyak 50% untuk 15 orang pertama yang membuat tempahan membuat blog dengan saya. Diskaun bermula hari ini sehingga 10 Ogos 2012 sahaja. Siapa cepat dia dapat.


1. Membuat & Mengedit blog....... RM90 RM45

2. Membuat design header...........RM15 RM7
3. Blog tanpa icon title widget.......RM30 RM15
4. Servis Design Kad Kahwin........RM40 RM20>
5. Servis Design Biznes Kad.........RM15 RM7
6. Design Peta Kad Kahwin...........RM20 RM10





Read more...

Cara Membuat Blog #2: Mula membuat blog anda dengan sign-up blog

Pada entri yang lepas saya telah membuat tutorial kepada anda tentang cara untuk sign-up/daftar email sebagai langkah pertama dalam membuat sebuah blog yang baru. Jadi apakah langkah seterusnya yang anda perlu lakukan?

Ya, anda perlu sign-up/daftar perhidmatan blog yang anda mahukan. Mari kita mulakan tanpa berceloteh panjang lagi.

Cara untuk sign-up/daftar blogger/blogspot.


Langkah 1
Buka website blogger ( www.blogger.com/ ) & isi email yang telah didaftarkan





Langkah 2
Sebuah screen seperti gambar dibawah akan terpapar bukan? Kelik "create a limited blogger profile". Kenapa tak pilih create google+ profile? Dalam entri akan datang saya akan bagitau apa sebabnya.




Langkah 3 - Tentukan display name anda


1. Isi display name anda. Display adalah nama yang akan digunakan didalam blog. Contohnya apabila anda telah siap menulis entri di blog, akan terpapar nama yang anda gunakan sebagai penulisnya. Contohnya, anda boleh guna nama cara buat blog juga sebagai nama, tak semestinya nama anda sendiri.

2. Tick pada kotak "Feature Annoucement" untuk mendapatkan email tentang berita atau info terbaru tentang blogger. Boleh juga untuk tidak tick pada kotak tersebut jika tidak berminat untuk dapat info tu.

3. Tekan button "Continue to blogger".






Langkah 4:  Tekan button 'New Blog'
Kelik pada button 'new blog' untuk membuat blog baru.



















Langkah 5: Tulis title blog & url blog yang anda mahu.




1. Isi title blog anda. Ruangan ini adalah untuk anda isi apakah tajuk blog yang anda mahukan. Contohnya untuk blog ini, saya namakan blog ini sebagai "Cara Membuat Blog 2u".

2. Isi url blog anda. Isi apakah url blog yang anda mahu. Url ini akan digunakan oleh anda dan juga orang lain untuk membuka website/blog anda. Sebagai contoh, didalam blog ini, saya menggunakan url 'www.caramembuatblog2u.blogspot.com'. Adalah lebih sesuai menggunakan tajuk blog anda sebagai url blog anda supaya lebih mudah dicari dalam google nanti.

3. Pilih template blog. Pilih templete blog ataupun jenis tema blog yang anda mahukan. Ada bermacam-macam jenis tema terdapat dalam blogger ni seperti tema yang simple, yang-nampak-smart, yang-nampak-classic-punya-style. Semua template adalah free jadi jangan bimbang ye.

4. Dah selesai? OK kelik pada button "create your blog".



Langkah 6 : Jom ke dashboard blogger
















1. Kelik button kecil yang bergambarkan arrow ke bawah. Kemudian akan terpapar list dengan pelbagai function.

2. Kelik pada "overview". Kemudian anda akan dibawa ke blogger dashboard. Blogger dashboard adalah tempat dimana anda boleh update blog, buat new entri, design susun-atur blog, edit html & bermacam-macam lagi yang akan saya ajarkan pada entri yang akan datang.


Syabas!!Anda telah berjaya siap membuat sebuah blog yang baru. Cuba tulis url blog anda pada enjin carian anda. Akan dapat melihat wajah blog yang telah anda buat sebentar tadi.
                   kita jumpa lagi pada esok hari tentang "Cara Kenal blog dashboard anda!"



P/S: Sila minta kebenaran dari tuan tanah jika nak share article ini di blog anda.


PROMOSI RAMADHAN.
Diskaun sebanyak 50% untuk 15 orang pertama yang membuat tempahan membuat blog dengan saya. Diskaun bermula hari ini sehingga 10 Ogos 2012 sahaja. Siapa cepat dia dapat.


1. Membuat & Mengedit blog....... RM90 RM45

2. Membuat design header...........RM15 RM7
3. Blog tanpa icon title widget.......RM30 RM15
4. Servis Design Kad Kahwin........RM40 RM20>
5. Servis Design Biznes Kad.........RM15 RM7
6. Design Peta Kad Kahwin...........RM20 RM10


Read more...

Saturday, 4 August 2012

Cara Membuat Blog #1: Mula buat blog bermula dari zero

Yup. Untuk membuat sebuah blog yang baru haruslah bermula daripada 'zero' barulah boleh jadi 'hero' betul tak? So, bagaimana cara kita nak start blogging atau buat blog online daripada zero ni? Haruslah kena dengan cara membuat nya.



Sebuah E-mail wajiblah dimiliki oleh anda

LANGKAH 1
Anda wajib ada sebijik e-mail. E-mail tak semestinya e-mail yang berbayar seperti Hotmail. Anda boleh jugak 'sign-up' e-mail FREE seperti gmail ataupun yahoo mail (ada banyak lagi sebenarnya, sila search sendiri).



Read more...

Thursday, 2 August 2012

Selamat datang ke 'Cara Membuat Blog 2U'

Selamat sejahtera semuanya. Sebagai perkenalan, eloklah saya memperkenalkan diri saya, Syaizzal Yunus atau lebih dikenali sebagai Izz. Mulai hari ni, Izz akan menjadi korang punya tutor lah ye dalam susah payah perit getir korang nak membuat blog  biar agak-agak boleh jadi best blog of the year, ye tak?

Ok sebelum saya akhirnya berjaya  siap buat blog ni, saya sebenarnya sudah berpengalaman membikin berpuluh-puluh blog atau dengan kata lain, saya dah agak familiar dalam dunia blog. Tapi pasal code-code blog yang expert and professional tu saya tak tau sangat sebab konsep saya dalam membuat blog adalah the simpler the better. yang penting blog tu tak berat nak loading, senang  sikit kita nak online lawat blog kan?

Ahah nampaknya saya kena berhenti sebelum page ni berlanjutan hingga 2-3 muka surat. Hihi. So, anda hanya perlu yakin dengan saya, yakin dengan diri sendiri. Setiap orang ada daya kreativiti masing-masing. Akhir kata, jumpa lagi dalam minggu & waktu yang tak sama dalam cara membuat blog paling best dalam Malaysia ni *gurau je*. 

Salam.
Read more...